Dida Delights

Kami bantu anda sediakan wedding doorgift yang unik, sedap & khas untuk tetamu di hari penting & istimewa anda.
Uniknya doorgift kami adalah seleksi kerepek & makanan tradisional yang disertakan bersama doorgift. Ia pastinya membawa nostalgia yang tersendiri untuk hari istimewa anda.

SMS @ WhatsApp ~ 019-906 1636 ~ Email: didadelights@gmail.com ~
Location: Bandar Baru Bangi, Selangor

Saturday, December 31, 2011

Welcoming 2012....

Salam & hi all,

I would like to announce that I will start taking orders from January 2012.

To view price list, please click here: PRICE

For cupcakes, I will use soufle cups and not paper cups. I think it looks neater using soufle cups.

Besides cupcakes, you can also order cakes, muffin and brownies.

From now on, please email your order and queries to new email address: didacakes@yahoo.com.

So please take your time, browse and enjoy!

For any queries, please contact me at:
h/p: 019-2772800
email: didacakes@yahoo.com

Wish you a great year ahead and thank you... :)

Price & Details

New Price effective by January 2013

CUPCAKE
Soufle Cup - M (2.5 oz)
Small Order
With buttercream decoration - starts from RM3/pc; depends on the details & complexity
With fondant decoration - starts from RM5/pc; depends on the details & complexity
** one flavour per box for small orders



Large orders - Please contact me for more info... 


Flavours**:
Cakes: Vanilla or Moist Chocolate
Icing: Vanilla buttercream

Topping**:~ Buttercream (large orders: simple designs only)


**************************************************
CAKES

Chocolate Moist Cake
Frosting: Chocolate ganache
Price: RM50/kg


**************************************************
MUFFIN

Size & Price
M = RM1.00 /pc
L = RM1.20 /pc

Flavours: Chocolate / Vanilla


Filling
Chocolate Chip - add RM0.10 each
Almond - add RM0.20 each
blueberry/strawberry filling - add RM0.40 each

*minimum order is 30pcs
*individual containers RM0.20 will be charged for every piece

*** Price subjects to change without prior notice

Thursday, December 15, 2011

Buttercream Cake for Me





Made this buttercream cake for my family. Sambil ditemani anak bujang yang tak sabar2 nak makan kek, so ini je lah hasil yang dapat dibuat. Yang penting, we really enjoy the cake. Tengok anak2 makan rasa sejuk je hati ni... amin... :)

Off to Cameron Highland





Made this cake sempena our family trip to Cameron Highland. So the theme is "flowery".



Played with pearl dust. By referring to books, I tried simple brushing technique.



As finishing touch, I put small flowers around the cake. I like the colours and the simple design..

Cake for Neighbours







Buat cakes ni untuk diberi kepada neighbours sebelah rumah. Dah lama pindah rumah tapi tak pernah bagi apa2 kat diorang. Jiran sebelah yang satu ni selalu bagi kuih & coklat kat anak2. So ni la masanya nak membalas budi orang. Satu untuk jiran sebelah kanan, satu lagi untuk jiran sebelah kiri.

Thursday, December 1, 2011

Chocolate Mud Cake




Purple Roses - CMC


Rupa sebelum di touch-up...



Sunday, October 23, 2011

Thursday, September 29, 2011

Sold Out

Alhamdulillah... mixer and oven dah selamat dijual kepada dua orang bakers yang sangat cemerlang. Semoga both of them more succes in future.. amin....

Tak sangka dapat sambutan hangat iklan ari tu. Banyak dapat calls but I go with first come, first serve. So to those yang masih berfikir2 lg sebelum ni jangan amik ati lak yer sebab tak dapat beli. I rasa mungkin ada rezeki lain nanti. InsyaAllah...

Saturday, September 24, 2011

Sapa Mau Beli?

Assalamualaikum...

Saya ada pengumuman penting hari ini. Saya bercadang nak jual 1 mixer dan 1 oven. The details you can find in the following posts below.

Saya nak menjual kedua-duanya sebab sekarang saya nak concentrate to other things..

Please read through and if interested please SMS/call me. No emails please...

And other thing is, for buyer it is self transport because kereta ku yang comel tu tak muat & tak sesuai untuk transport benda2 camtu.

Oh ya, dan satu lagi from now on I am not taking any orders ya..

Kalau ada post pasal kek or cupcakes tu it just to share with you guys my activities in baking...

Thanks!

Oven For Sale - SOLD




UPDATE - This oven is sold! thanks kak liza. semoga lebih succes lagi lepas ni... amin...

Salam semua,

Saya nak jual oven saya ni.

+ Brand: Europa, with jetcook system. (sbnrnya saya pun x pasti untuk apa. tp kalau chef2 handal mesti tahu kegunaannya.)
+ Still in good condition sbb jarang pakai. (Selalu pakai oven yang lain...)
+ Sesuai untuk membakar kek, cupcakes, roti, muffin, dll...
+Sesuai juga untuk memanggang.
+ Sesuai untuk membakar dalam kuantiti yang banyak.
+ Harga: RM700
+ My location: Bandar Baru Bangi

Interested? Please call/SMS:
Dida 019-277 2800

p/s: self transport

10L Mixer For Sale - SOLD




Salam semua,

+ Saya nak jual mixer saya ni. It is 10 Liter mixer, brand Berjaya.
+ Sesuai untuk mengadun dalam kuantiti yang banyak.
+ Comes with 2 bowls.
+ Still in very good condition. (Jarang pakai pun)
+ Price: RM700
+ My location: Bandar Baru Bangi

Kalau berminat, sila SMS/call:
Dida 019-277 2800

p/s: self transport

Saturday, August 27, 2011

Homemade Chocolate Raya 2011




Kuih Apa ni?


Cuba teka kuih apa ni?

Rupanya macam bunga...
Warnanya coklat...
Dan ada ceri hitam di tengah-tengah...
Rasanya... mana boleh rasa dalam gambar kan...

Sapa dapat teka betul dia memang pandai....

Jawapannya ialah.... Kuih dahlia yang hangus! haha...!

Nak tahu camana dapat hasil camtu? Masa tengah bakar tiba-tiba baby nangis nak susu. Masa ni dalam pukul 1 lebih. So pegilah teman kan dia minum jap. Sambil2 tu ingat baring la kejap sebab kuih baru masuk oven je. Rupanya tertidur terus.

Sedar-sedar dah pukul empat and bau orang bakar kuih sangat la semerbak sampai masa bangun tu boleh terfikir sapa la yang bakar kuih pukul 4 pagi. Dah lama sikit baru teringat rupa-rupanya daku yang bakar kuih itu.... huhu... Maka terhasil la kuih dahlia hangus....

Kuih Raya 2011

Salam semua,

Mesti semua orang in raya mood sekarang ni. Dan saya juga! Kali ni nak share ngan u all kuih raya yang sempat dibuat sempena hari raya tahun ni. Yang ni buat untuk family and memang tak amik order pun.

Double Choc Chip Cookies

Ini adalah choc chip cookies yang menjadi kesukaan my family. Biasa buat choc chip + almond nibs but kali ni saya buat double choc chips (dark choc chips + white choc chips) sebab takut kalau letak almond anak2 tergigit or tercekik lak kan.

Biskut ni namanya tak pasti

Yang ni pulak dalam buku tulis nama dia Biskut Dahlia tapi rasa dan rupa dia cam lain jek.. Biskut ni sangat rapuh sebab banyak pakai tepung jagung. Rasa dia ok la cam biskut raya biasa.

Biskut Dahlia

Yang ni baru betul Biskut Dahlia... hehe... My husband's favorite. Buat pun takat untuk makan sendiri jek. Letih oi nak menyemperit tu.. huhu...

Tart Teratai

Ini Tart Teratai. Dah lama dah mengidamkan nak buat kuih tat ni. Walaupun saya ni bukan penggemar kuih tat tapi disebabkan rupanya yang comel tu saya sanggup buat. Bila dah siap and rasa, rupa-rupanya sedap jugak kuih tart ni ye. Tahun depan boleh buat lagi la... hehe...

Dan inilah hasil kuih raya untuk tahun ni. InsyaAllah kalau takde aral melintang sampailah kuih ni ke Melaka nanti....

Monday, August 22, 2011

Thursday, August 11, 2011

My Birthday Cake


Alhamdulillah, bertambah lagi setahun umur saya. Moga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya. Sekarang umur dah 30 plus.. huhu.. gi mana-mana orang dah panggil puan or kakak... hehe... ok la tu...

For my birthday kali ni I decided to make fondant cake sebab seronok gak buat fondant cake ni. Almaklum baru belajar so excited sungguh kali ni nak menyiapkan cake. Lepas dok belek-belek buku and magazine yang ada kat rumah ni so I decided to make a ribbon cake.

The loops I buat a few days ahead to make sure it completely dry.


For the loops and the border ribbon at the bottom, to get effect macam lace tu I put gold dust.

To finish it, I put a purple gumpaste flower. The flower tu store-bought jer. Jimat masa... So jadi la ribbon cake.

Yang ni saja jer letak sugar flowers to get different look. But i prefer the original/the top design. Simple and clean look... oh.. inside is orange buttery cake.

Thursday, July 21, 2011

Homemade Chocolate Lagi...





Buat homemade chocolates lagi... Kali ni untuk makan sendiri. Lagipun takyah beli coklat kat kedai. Yang ni pun dah best dah.

Friday, July 8, 2011

Happy Birthday Ali Imran


Baru-baru ni celebrated my eldest son's birthday. Temanya adalah animals sebab dia suka tengok channel BabyTV kat Astro and kat sana ada a lot of animal characters.

Sebab lilin banyak sangat, rasa cam kek tu nak terbakar sekali. Nervous....

Inilah rupa dalam kek tu. Layered with chocolate ganache. Yang nampak je tu adalah si adik...