Dida Delights

Kami bantu anda sediakan wedding doorgift yang unik, sedap & khas untuk tetamu di hari penting & istimewa anda.
Uniknya doorgift kami adalah seleksi kerepek & makanan tradisional yang disertakan bersama doorgift. Ia pastinya membawa nostalgia yang tersendiri untuk hari istimewa anda.

SMS @ WhatsApp ~ 019-906 1636 ~ Email: didadelights@gmail.com ~
Location: Bandar Baru Bangi, Selangor

Wednesday, December 19, 2012

Plain Chocolate Cake

1kg plain chocolate cake + chocolate ganache

Customer nak plain chocolate cake jer tapi saya bagi gak chocolate ganache sebab budak2 kecik suka makan ganache ni... :)

Untuk tempahan:
email: didadelights@gmail.com
sms: 019-277 2800

Chocolate Balls

Order chocolate balls dari Ainil.

Untuk tempahan:
Email: didadelights@gmail.com
SMS: 019-277 2800

Friday, December 7, 2012

Resepi Durian Crepe Gebu

Wuhuuu...!

Buat durian crepe gamaknya... Ari tu buat & makan durian crepe cam tak berapa puas hati. Rasa cam ada benda nak di-improve. Biasa la budak baru belajar takkan terus pandai.

Makanya semalam minta husband belikan durian & start cari resepi lain lak. Yang kali ni cari yang simple & shortcut. Saya pakai resepi dari blog Cik Epal. Kalau ari tu pakai durian D24 tapi kali ni pakai musang king. Yang pasti kalau pakai musang king lg terbaikk lah!

Bahan-bahan:
250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur

Filling:
1 cawan Non Dairy Whipping Cream. 
Isi durian.

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan untuk crepe kecuali pewarna ke dalam mixer & kacau sebati. Dah sebati masukkan pulak pewarna kuning. Kemudian tapis untuk dapatkan tekstur yang halus.
2. Panaskan kuali non-stick & buatlah crepe satu2. Caranya macam buat lempeng gak tapi buat nipis2. Cara yang saya buat adalah bila pan dah panas, angkat dari dapur & letak sesenduk aduan & goyangkan pan sampai jadi nipis. Kemudian letak atas dapur balik sampai crepe tu masak. 
saya pakai pan camni. Senang sangat rasanya...



Cara buat filling:
Pukul whipping cream sampai kembang & kental. Kemudian masukkan isi durian & pukul sebati. Saya pakai whipping cream yang kat atas tu.. takyah tambah apa2, memang sedap.

Last sekali, letak crepe atas pinggan. Kemudian letak krim & isi durian atas crepe tu & balut. Cara balut dia adalah mula2 lipat atas & bawah. Kemudian lipat pula kiri & kanan. Senang jer kan.

Nak makan lg senang... Bukak mulut besar2 lepas tu terus ngapp!!! Hehe... Selamat mencuba & makan durian crepe... :)

Tuesday, December 4, 2012

Durian Crepe

Pic taken from Kongsi Resepi.com

 Wah sekarang ni kat mana2 jer mesti org citer pasal durian crepe. Yang paling best skang pun memang tgh musim durian so lagi la semangat durian kan...

Saya pun dah makan durian crepe yang sedap. Saya beli dari Gold Apple Kitchen. Memang best! Kulitnya sangat nipis & filling sangat sedap sebab dia pakai durian musang king. Terbaik!!!


So lepas2 tu cari2 la resepi durian crepe. Saya amik resepi dari Kongsi Resepi.com. Resepi ni ok gak. Sedap especially the filling.  Saya share-kan kat sini:


DURIAN CREPE
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)

Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.


RESEPI FILLING CREAM KASTARD
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)


200 gm susu segar

2 kuning telur
30 gm gula halus
*izah tambah 1sb tepung kastard
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

** boleh juga durian di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin 

** follow jer resepi mesti jadi punya! :)

Tapi kalau ada orang nak order dari saya, saya mintak maaf banyak-banyak. Sebab saya takder kesabaran yang tinggi untuk buat crepe sekeping-sekeping. Hanya untuk orang sabar jer berjaya dengan durian crepe ni. Hehehe.... Gambar durian crepe yang saya buat takder kat sini sebab sumer dah kena ngap!!!

Rasa seronok sangat tengok orang berebut-rebut beli durian crepe ni... And ramai gak yang dpt tambah pendapatan ngan jual durian crepe jek. Seronok kan... (Hari ni mood seronok terlebih. Hehe...)

Kepada sesiapa yang belum rasa durian crepe boleh la order kat mana2 tokey yang jual durian crepe. Saya percaya setiap diorang tu ada kelebihan masing-masing. Yang pasti durian crepe ni memang SEDAP!!!.

Saya tak jual durian crepe tapi saya jual Rich Chocolate Cake. Nak tempah, nak beli or nak jadi ejen boleh la contact saya di 019-2772800.


Sunday, December 2, 2012

Sweet Yummy Cupcakes: ---------> Dida Delights

Salam semua,

Semoga anda semua sihat sejahtera. Lama sangat dah saya tak update blog ni kan. Kalau dulu nama Sweet Yummy Cupcakes sekarang dah tukar kepada Dida Delights. Ada beberapa sebab saya tukar nama & imej ni.

1. Kalau dulu saya cuma nak buat cupcakes jer. Tapi sekarang ada banyak permintaan untuk kek coklat, chocolate ball, brownies & kek2 lain. So kalau nama cupcakes tu cam tak kena sangat kan.

2. Saya perasan ada orang yang pakai nama yang seakan-akan Sweet Yummy Cupcakes. Saya tak marah pun sebab tu rezeki masing2 kan. Saya doakan lagi orang tu agar dimurahkan rezeki yang melimpah-limpah sempena nama tu. Cuma saya takut orang confused lak nanti.

3. Saja jer nak letak nama sendiri. Nak tumpang glamour. Haha...! :)

Sekarang ni produk yang ada di Dida Delights ialah:

 Rich Chocolate Cake 400g RM10

Rich Chocolate Cake 200g RM5

Cupcakes in Party Pack

Rich Chocolate Ball

Untuk pertanyaan, sila hubungi 019-2772800.

Monday, October 15, 2012

Rindunya....





Rindunya kat blog ni. Lama gila tak update. Apa kabar u all?

Sekarang saya sangat busy.. ooppss.. saya sangat PRODUCTIVE di DIDA DELIGHTS. Alhamdulillah sambutan kepada RICH CHOC CAKE sangat menggalakkan. Sekarang ni pun orang dah berlumba2 order untuk raya haji akan datang ni.

Saya juga ingin menjemput mereka yang berminat untuk merasai KENIKMATAN Rich Choc Cake kami. Jangan lupa untuk place order cepat2. Hubungi kami sekarang!

Telefon/SMS: 019-2772800

Monday, August 27, 2012

Tima kasih banyak2...!


Photo: Sebab sambutan yang amat menggalakkan Kek Meleleh... for hari raya nanti saya tambah berat dia from 250g ke 350g. Harga still sama RM7... enjoy!

Salam & good day semua!

Alhamdulillah dah selamat dah sambut raya. And this raya memang awesome sebab order for Kek Meleleh sangat hebat...! Hebat sebab walaupun dah lama tak amik order tp ramai jer yang berminat ngan kek ni. Sampaikan terpaksa tolak last minute order. Mintak maaf banyak2 yer....

 Photo: Before delivery...


Photo: Alhamdulillah... rezeki anak2 Rumah Bakti Al-Kausar, Seksyen 4 Tambahan, B.B.Bangi


 Photo: Melaka punya order nasib baik muat kalau tak kena sewa lori..tq cik enon ..



 Si Abang dengan kek for delivery... Tak tau la kenapa skang ni bila amik gambar mesti buat camtu. Ni mesti pengaruh tv ni...

So kat sini nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada semua yang order Kek Meleleh. Semoga hari raya anda yang baru ni bertambah-tambah ceria dengan kenikmatan Kek Meleleh. Sayang u all!

Have a good day!

Monday, July 30, 2012

Kek Meleleh.. Untuk Orang Melaka...


Hi orang Melaka semua..!

Nak rasa Kek Meleleh..? Don't worry... boleh jer order. Boleh order dari saya terus or dari ejen kat melaka. Feel free to contact me for ejen list yer... :)

Offer Raya! Kek Meleleh...



Salam Ramadhan semua..!

Semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera dalam menjalani ibadah puasa.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia and hari raya yang akan datang ni saya ada satu tawaran hebat..! Wah.. hebat sangat ker...? hehe...

Saya ada menjual Choc Moist Cake a.k.a. Kek Meleleh. Kenapa saya panggil meleleh...? sebab choc ganache-nyer meleleh-leleh di dalam dan di luar kek... tak caya? tengok gambar kat atas tu... tengok kek meleleh, air liur pun rasa nak meleleh... dah masuk dalam mulut lagi la meleleh-leleh air liur... tak yah caya apa saya yang tulis kat sini. Meh order and rasa sendiri... :)

Ni the details:
Type: Choc Moist Cake
Size: 5" x 5"
Weight: 250g +++
Harga: RM7 jer...

Kek ni adalah choc moist cake yang biasa u all order tu kan tp in different version. Bak kata orang tu lebih compact...! WAh... ayat tak tahan tu...!

Pada yang nak beli pada harga yang murah sket & at the same time nak dapat duit raya lebih boleh jadi ejen/pengedar... free jer pun kalau jadi ejen & boleh dapat sample free gak. (terms & conditions apply)... wah.. dah macam iklan kat tv lak.. hehe.. so sapa nak jadi ejen just pm me kat facebook Sweet Yummy Cupcakes yek... (klik jer kat situ)

Selamat menjamu mata and semoga anda semua dimurahkan rezeki & dilimpahkan dengan pahala yang banyak di bulan Ramadhan yang mulia ini.... amin... :)

Wednesday, July 4, 2012

Imran is 3 today!


 Salam semua..!

Selamat hari rabu... hari ni happy sangat sebab ari ni birthday Si Abang. He's now 3 years old... Dah besar anak mummy yang ensem tu... hehe... Buatkan chocolate moist cake untuk celebrate kat tadika dia. Letak gambar CARS sebab he is so excited to anything related to cars. Rasanya boys memang camtu kot... :)

Buatkan Petite Boxy Pouch gak as a gift for his friends. Biasa orang bagi food kan kali ni kita bagi benda yang takleh makan tapi boleh simpan bertahun2. hehe... check it out at : Handmade Bags.

Friday, June 22, 2012

Handmade Bags By Dida






Salam semua,

Sekarang ni tengah seronok buat bag lak. Sebab seronok gak I decided to start a new business: Handmade Bags By Dida. Please click here for more info...

Boleh tengok kat Facebook gak: Handmade Bags By Dida.

Thanks for supporting me...! :)

Semoga anda diberkati & dilimpahi dengan rezeki yang melimpah-ruah... amin...

CMC to MOF



Semalam dapat siapkan order dr Haireen untuk birthday bosnyer.... semoga panjang umur yer... :)

Mengidam Choc Balls

Salam semua,

Choc Balls ni buat special untuk akak ipar yg tengah sarat mengandung. First dia rasa & makan choc balls ni masa mak merisik dia. Masa pregnant ni dia kata teringat2 kenangan makan choc balls yang sedap ini... hehe... sedap ke? nak tau kena la order...

Alhamdulillah... dah dapat makan. Tak lah kempunan nanti yek... :)

Thursday, May 31, 2012

Cupcakes SYC ke Lumut



Kali ni order dari makcik saya untuk dibawa ke Lumut sempena wedding kawannya.

CMC untuk Tadika Aulad



Buat kek ni sempena sambutan Hari Guru kat tadika Si Abang ari tu. Kira diorang ada makan-makan la kat sekolah. Yang membuatkan saya excited buat kek ni sebab everytime buat kek Si Abang mesti tanya: "Mummy, kek nak bagi cikgu?". And inilah one of the motivation for him to go to school... Kena pegi school sebab nak bagi kek kat cikgu... Sayang betul dia ngan cikgu dia....

Si Abang ni actually lum 3 tahun pun. Hantar kat tadika pun untuk playschool je. Saja bagi dia ramai kawan because he is so playful & energetic. Alhamdulillah, bila dah sekolah ni banyak gak perubahan pada dia and sometimes boleh nampak dia punya sense of responsibilty. Abang la katakan... Yang paling sweet, everytime balik sekolah mesti dia cakap : "Mummy sekolah best!". Happy saya dengar... And cikgu kat sana pun okey & cool jer... I would like to thank to all teachers at Tadika Aulad sebab ajar & jaga anak saya dengan baik... Alhamdulillah... :)

Choc Balls & Doorgift





Salam,

Alhamdulillah.... dapat order chocolate balls lagi. Kali ni nak share pasal doorgift. Choc balls ni boleh masuk dalam bekas dadih yang kecik cam kat atas tu. Boleh juga letak dalam bekas empat segi yang transparent cam kat atas tu. So to those yang nak order choc balls for doorgift boleh bagitahu whether nak bekas dadih or bekas empat segi ek...

Thanks... :)

Thursday, May 24, 2012

Untuk Cikgu

Sempena Hari Guru ari tu, saya buatkan coklat untuk cikgu tadika Si Abang. Layan gambar ek...