Dida Delights

Kami bantu anda sediakan wedding doorgift yang unik, sedap & khas untuk tetamu di hari penting & istimewa anda.
Uniknya doorgift kami adalah seleksi kerepek & makanan tradisional yang disertakan bersama doorgift. Ia pastinya membawa nostalgia yang tersendiri untuk hari istimewa anda.

SMS @ WhatsApp ~ 019-906 1636 ~ Email: didadelights@gmail.com ~
Location: Bandar Baru Bangi, Selangor

Wednesday, December 19, 2012

Plain Chocolate Cake

1kg plain chocolate cake + chocolate ganache

Customer nak plain chocolate cake jer tapi saya bagi gak chocolate ganache sebab budak2 kecik suka makan ganache ni... :)

Untuk tempahan:
email: didadelights@gmail.com
sms: 019-277 2800

Chocolate Balls

Order chocolate balls dari Ainil.

Untuk tempahan:
Email: didadelights@gmail.com
SMS: 019-277 2800

Friday, December 7, 2012

Resepi Durian Crepe Gebu

Wuhuuu...!

Buat durian crepe gamaknya... Ari tu buat & makan durian crepe cam tak berapa puas hati. Rasa cam ada benda nak di-improve. Biasa la budak baru belajar takkan terus pandai.

Makanya semalam minta husband belikan durian & start cari resepi lain lak. Yang kali ni cari yang simple & shortcut. Saya pakai resepi dari blog Cik Epal. Kalau ari tu pakai durian D24 tapi kali ni pakai musang king. Yang pasti kalau pakai musang king lg terbaikk lah!

Bahan-bahan:
250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur

Filling:
1 cawan Non Dairy Whipping Cream. 
Isi durian.

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan untuk crepe kecuali pewarna ke dalam mixer & kacau sebati. Dah sebati masukkan pulak pewarna kuning. Kemudian tapis untuk dapatkan tekstur yang halus.
2. Panaskan kuali non-stick & buatlah crepe satu2. Caranya macam buat lempeng gak tapi buat nipis2. Cara yang saya buat adalah bila pan dah panas, angkat dari dapur & letak sesenduk aduan & goyangkan pan sampai jadi nipis. Kemudian letak atas dapur balik sampai crepe tu masak. 
saya pakai pan camni. Senang sangat rasanya...



Cara buat filling:
Pukul whipping cream sampai kembang & kental. Kemudian masukkan isi durian & pukul sebati. Saya pakai whipping cream yang kat atas tu.. takyah tambah apa2, memang sedap.

Last sekali, letak crepe atas pinggan. Kemudian letak krim & isi durian atas crepe tu & balut. Cara balut dia adalah mula2 lipat atas & bawah. Kemudian lipat pula kiri & kanan. Senang jer kan.

Nak makan lg senang... Bukak mulut besar2 lepas tu terus ngapp!!! Hehe... Selamat mencuba & makan durian crepe... :)

Tuesday, December 4, 2012

Durian Crepe

Pic taken from Kongsi Resepi.com

 Wah sekarang ni kat mana2 jer mesti org citer pasal durian crepe. Yang paling best skang pun memang tgh musim durian so lagi la semangat durian kan...

Saya pun dah makan durian crepe yang sedap. Saya beli dari Gold Apple Kitchen. Memang best! Kulitnya sangat nipis & filling sangat sedap sebab dia pakai durian musang king. Terbaik!!!


So lepas2 tu cari2 la resepi durian crepe. Saya amik resepi dari Kongsi Resepi.com. Resepi ni ok gak. Sedap especially the filling.  Saya share-kan kat sini:


DURIAN CREPE
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)

Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.


RESEPI FILLING CREAM KASTARD
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)


200 gm susu segar

2 kuning telur
30 gm gula halus
*izah tambah 1sb tepung kastard
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

** boleh juga durian di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin 

** follow jer resepi mesti jadi punya! :)

Tapi kalau ada orang nak order dari saya, saya mintak maaf banyak-banyak. Sebab saya takder kesabaran yang tinggi untuk buat crepe sekeping-sekeping. Hanya untuk orang sabar jer berjaya dengan durian crepe ni. Hehehe.... Gambar durian crepe yang saya buat takder kat sini sebab sumer dah kena ngap!!!

Rasa seronok sangat tengok orang berebut-rebut beli durian crepe ni... And ramai gak yang dpt tambah pendapatan ngan jual durian crepe jek. Seronok kan... (Hari ni mood seronok terlebih. Hehe...)

Kepada sesiapa yang belum rasa durian crepe boleh la order kat mana2 tokey yang jual durian crepe. Saya percaya setiap diorang tu ada kelebihan masing-masing. Yang pasti durian crepe ni memang SEDAP!!!.

Saya tak jual durian crepe tapi saya jual Rich Chocolate Cake. Nak tempah, nak beli or nak jadi ejen boleh la contact saya di 019-2772800.


Sunday, December 2, 2012

Sweet Yummy Cupcakes: ---------> Dida Delights

Salam semua,

Semoga anda semua sihat sejahtera. Lama sangat dah saya tak update blog ni kan. Kalau dulu nama Sweet Yummy Cupcakes sekarang dah tukar kepada Dida Delights. Ada beberapa sebab saya tukar nama & imej ni.

1. Kalau dulu saya cuma nak buat cupcakes jer. Tapi sekarang ada banyak permintaan untuk kek coklat, chocolate ball, brownies & kek2 lain. So kalau nama cupcakes tu cam tak kena sangat kan.

2. Saya perasan ada orang yang pakai nama yang seakan-akan Sweet Yummy Cupcakes. Saya tak marah pun sebab tu rezeki masing2 kan. Saya doakan lagi orang tu agar dimurahkan rezeki yang melimpah-limpah sempena nama tu. Cuma saya takut orang confused lak nanti.

3. Saja jer nak letak nama sendiri. Nak tumpang glamour. Haha...! :)

Sekarang ni produk yang ada di Dida Delights ialah:

 Rich Chocolate Cake 400g RM10

Rich Chocolate Cake 200g RM5

Cupcakes in Party Pack

Rich Chocolate Ball

Untuk pertanyaan, sila hubungi 019-2772800.