Dida Delights

Kami bantu anda sediakan wedding doorgift yang unik, sedap & khas untuk tetamu di hari penting & istimewa anda.
Uniknya doorgift kami adalah seleksi kerepek & makanan tradisional yang disertakan bersama doorgift. Ia pastinya membawa nostalgia yang tersendiri untuk hari istimewa anda.

SMS @ WhatsApp ~ 019-906 1636 ~ Email: didadelights@gmail.com ~
Location: Bandar Baru Bangi, Selangor

Friday, April 12, 2013

Kuih Bangkit Nyonya



Alhamdulillah, hari ni ada masa nak blogwalking. Dah lama gak tak buat keje ni. Tetiba ternampak lak resepi kuih bangkit Kak Wan. Alamak... sedapnya tengok kuih bangkit atas tu... Ini adalah salah satu kuih kegemaran saya. Sebab teruja saya nak share resepi kuih bangkit ni ngan u all semua.

Bahan-bahan:
450g Tepung Ubi Kayu
50g Tepung gandum
200g gula icing
250ml santan
3 biji kuning telur
Daun pandan - dipotong

Cara-cara:
1. Sangai tepung ubi & tepung gandum bersama daun pandan hingga ringan. Sejukkan semalaman dan ayak untuk buang cebisan daun pandan.
2. Pukul telur & gula hungga kembang & putih.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh lembut & tidak melekat di jari.
4. Canai & terap dengan acuan disukai. Susun di dalam loyang yang digris/baking paper.
5. Bakar pada suhu 160c selama 20-25 minit atau sehingga masak.

Thanks Kak Wan for the recipe! Anda boleh klik Blog Citarasawan untuk resepi2 lain juga.

Tuesday, April 9, 2013

Rich Chocolate Cake


Saya memang suka buat chocolate cake untuk kanak-kanak. Sebab bila tengok diorg makan macam nikmat jer... And kek coklat ini untuk dibawa ke tadika. Takyah banyak deco. Yang penting ada gambar kartun kesukaan mereka. Tu yang membuatkan mereka lagi teruja dengan kek coklat ni. Kan...

To order/for queries, please contact us at 019-2772800.

Thomas & Friends



Baru ni dapat order untuk buat cupcakes with Thomas & Friends theme. Sebenarnya dah lama tak buat design camni. Seronok lak rasa... hehe... The best part is the customer happy... :)

For any queries, please contact us at: 019-2772800

Wednesday, March 20, 2013

Halloo...

Salam semua,

Dah jarang-jarang saya update kat sini ek... Baru terperasan.. hehe...

Ok kepada sesiapa yang tengah mencari oven second-hand saya ada jual yer... And it is still available. Sesiapa yang berminat boleh contact saya di 019-2772800. Harga boleh nego lagi...

Untuk latest update sila ke fanpage:Dida Delights.

Saya sangat bersyukur kerana masih mendapat sokongan dari anda semua selama ni. Thanks a million!


Wednesday, March 13, 2013

Oven For Sale - SOLD to Liza


Latest update: 
Oven ni telah dijual kepada Liza. Harap maklum... :)
 

+ Brand: Berjaya
+ Still in good condition
+ Sesuai untuk membakar kek, cupcakes, roti, muffin, dll...
+Sesuai untuk commercial use.
+ Sesuai untuk membakar dalam kuantiti yang banyak.
+ Harga: RM900 (negotiable)
+ Self-transport.
+ My location: Bandar Baru Bangi


Interested? Please call/SMS:
Dida 019-277 2800