Dida Delights

Kami bantu anda sediakan wedding doorgift yang unik, sedap & khas untuk tetamu di hari penting & istimewa anda.
Uniknya doorgift kami adalah seleksi kerepek & makanan tradisional yang disertakan bersama doorgift. Ia pastinya membawa nostalgia yang tersendiri untuk hari istimewa anda.

SMS @ WhatsApp ~ 019-906 1636 ~ Email: didadelights@gmail.com ~
Location: Bandar Baru Bangi, Selangor

Friday, June 22, 2012

Handmade Bags By Dida






Salam semua,

Sekarang ni tengah seronok buat bag lak. Sebab seronok gak I decided to start a new business: Handmade Bags By Dida. Please click here for more info...

Boleh tengok kat Facebook gak: Handmade Bags By Dida.

Thanks for supporting me...! :)

Semoga anda diberkati & dilimpahi dengan rezeki yang melimpah-ruah... amin...

CMC to MOF



Semalam dapat siapkan order dr Haireen untuk birthday bosnyer.... semoga panjang umur yer... :)

Mengidam Choc Balls

Salam semua,

Choc Balls ni buat special untuk akak ipar yg tengah sarat mengandung. First dia rasa & makan choc balls ni masa mak merisik dia. Masa pregnant ni dia kata teringat2 kenangan makan choc balls yang sedap ini... hehe... sedap ke? nak tau kena la order...

Alhamdulillah... dah dapat makan. Tak lah kempunan nanti yek... :)

Thursday, May 31, 2012

Cupcakes SYC ke Lumut



Kali ni order dari makcik saya untuk dibawa ke Lumut sempena wedding kawannya.

CMC untuk Tadika Aulad



Buat kek ni sempena sambutan Hari Guru kat tadika Si Abang ari tu. Kira diorang ada makan-makan la kat sekolah. Yang membuatkan saya excited buat kek ni sebab everytime buat kek Si Abang mesti tanya: "Mummy, kek nak bagi cikgu?". And inilah one of the motivation for him to go to school... Kena pegi school sebab nak bagi kek kat cikgu... Sayang betul dia ngan cikgu dia....

Si Abang ni actually lum 3 tahun pun. Hantar kat tadika pun untuk playschool je. Saja bagi dia ramai kawan because he is so playful & energetic. Alhamdulillah, bila dah sekolah ni banyak gak perubahan pada dia and sometimes boleh nampak dia punya sense of responsibilty. Abang la katakan... Yang paling sweet, everytime balik sekolah mesti dia cakap : "Mummy sekolah best!". Happy saya dengar... And cikgu kat sana pun okey & cool jer... I would like to thank to all teachers at Tadika Aulad sebab ajar & jaga anak saya dengan baik... Alhamdulillah... :)

Choc Balls & Doorgift





Salam,

Alhamdulillah.... dapat order chocolate balls lagi. Kali ni nak share pasal doorgift. Choc balls ni boleh masuk dalam bekas dadih yang kecik cam kat atas tu. Boleh juga letak dalam bekas empat segi yang transparent cam kat atas tu. So to those yang nak order choc balls for doorgift boleh bagitahu whether nak bekas dadih or bekas empat segi ek...

Thanks... :)

Thursday, May 24, 2012

Untuk Cikgu

Sempena Hari Guru ari tu, saya buatkan coklat untuk cikgu tadika Si Abang. Layan gambar ek...