Tempahan boleh dibuat melalui:
1. Email: didadelights@gmail.com
2. SMS @ whatsApp: 019-906 1636
Details untuk tempahan:
1. Nama pelanggan
2. Contact no.
3. Jenis doorgift & pilihan kandungan doorgift. Contoh, square tin with decor, kerepek pisang.
4. Quantity
4. Theme colour (jika ada)
Untuk tempahan DOORGIFT:
1. Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum pick up date.
2. Deposit 50% diperlukan untuk booking date. Jika tempahan dibatalkan, deposit tidak akan dipulangkan.
3. Baki bayaran perlu dijelaskan sebelum atau pada hari penghantaran.
4. Bayaran boleh dibuat melalui Maybank atau CIMB. Details akan diberi once order confirmed.
5. Harga tidak termasuk penghantaran.
6. Minimum order: 100pcs
Dida Delights
Kami bantu anda sediakan wedding doorgift yang unik, sedap & khas untuk tetamu di hari penting & istimewa anda.
Uniknya doorgift kami adalah seleksi kerepek & makanan tradisional yang disertakan bersama doorgift. Ia pastinya membawa nostalgia yang tersendiri untuk hari istimewa anda.SMS @ WhatsApp ~ 019-906 1636 ~ Email: didadelights@gmail.com ~
Location: Bandar Baru Bangi, Selangor
Monday, September 29, 2014
Wednesday, September 24, 2014
Kerepek Doorgift
Kerepek satu makanan yang tak asing lagi dalam masyarakat kita. Kalau cakap kerepek semua orang tahu dan tak perlu explain panjang-panjang.
Untuk makluman anda, kerepek yang kami gunakan untuk wedding doorgift ni adalah keluaran bumiputera, dihasilkan di kampung dan dijamin halal.
Antara packaging yang disediakan adalah seperti di atas. Eh... letak camtu je... Tak delah. Untuk doorgift kerepek akan dimasukkan ke dalam palstik untuk elakkan dari lemau. Jangan risau, kebersihan & kesegaran kerepek adalah keutamaan kami.
Jadi untuk anda, yang berminat untuk dapatkan kerepek ini boleh hubungi kami sekarang:
Contact no: 019 906 1636
Email: didadelightsgmail.com
Labels:
kerepek,
kerepek doorgift,
wedding,
wedding door gift,
wedding gift
Thursday, September 18, 2014
Kerepek Doorgift: Price & Details
Di bawah adalah senarai price & details untuk Kerepek Doorgift. Untuk makluman, harga berbeza mengikut jenis kerepek.
Square Tin
Size: 8.5cm x 8.5cm x 4.5cm
Price (no decor):
Kerepek Ubi Masin@Pedas: RM5.00 each
Kerepek Pisang: RM5.50 each
Almond Cookies: RM6.00 each
Price (with decor):
Kerepek Ubi Masin@Pedas: RMRM5.50 each
Kerepek Pisang: RM6.00 each
Almond Cookies: RM6.50 each
White Box
Size: 5" x 5" x 1.5"
Price (no decor):
Kerepek Ubi Masin@Pedas: RM3.00 each
Kerepek Pisang: RM4.00 each
Price (with decor):
Kerepek Ubi Masin@Pedas: RM3.50 each
Kerepek Pisang: RM4.50 each
Almond Cookies: RM5.00 each
Transparent Boxy:
Kerepek Ubi Masin@Pedas: RM1.00 each
Kerepek Pisang: RM1.50 each
*Price might be changed due market price without prior notice.
*Theme colour can be requested.
*Minimum order: 100pcs
For more info, please contact us:
Tel no: 019-906 1636
Email: didadelights@gmail.com
Wednesday, September 17, 2014
Kerepek Wedding Doorgift
Berita baik untuk anda yang nak kahwin dalam masa terdekat ni tapi takde masa nak uruskan hal-hal kecil & remeh macam nak packing & sediakan doorgift untuk majlis istimewa anda.
Kami boleh bantu anda. Tema doorgift ini adalah Kerepek Doorgift. Kenapa kerepek.... sebab kerepek semua orang makan. Nanti takde lah orang merata doorgift yang kita bagi kat tetamu kan...
Antara pilihan kerepek adalah seperti berikut:
Kerepek Ubi Masin
Kerepek Ubi Pedas Kering
Kerepek Pisang Tanduk
Harga untuk setiap jenis kerepek adalah berbeza.
Selain kerepek, almond cookies pun ada:
Antara packaging yang disediakan:
Square Tin
White Box
Transparent Boxy
Untuk maklumat lanjut atau tempahan:
E-mail: didadelights@gmail.com
SMS @ whatsApp: 019-906 1636
FB: Dida Delights
Labels:
bangi,
dida delights,
doorgift,
kerepek,
wedding door gift
Thursday, September 11, 2014
Kuih Popiah Manis @ Kuih Tiram Mini
Seperti yang dijanjikan hari ni nak share resepi yang sangat simple. Tak yah sukat2 bagai.
Bahan-bahan:
Sebungkus kulit popiah
Minyak masak
Gula aising
1. Mula-mula gulung kulit popiah.
Tips: kalau kulit popiah agak kering & susah nak dileraikan guna tuala lembap & sapu atas permukaan kulit popiah tadi.
2. Inilah rupa kulit popiah yang dah digulung. Letak kain lembap kat atas untuk elakkan kulit popiah tadi kering. Kalau kering nanti jadi tak cantik.
3. Kemudian gunting kulit popiah yang dah digulung. Rupanya jadi cam kat atas tu.
4. Lepas tu, goreng.
5. Kemudian, toskan minyak & biarkan sejuk.
6. Untuk salutkan gula cara senang adalah gunakan zipper bag.
Masukkan kulit popiah & gula aising ke dalam beg tu & goncang dengan lembut. Jangan kuat-kuat sebab kita tak nak kulit popiah tadi pecah & hancur.
7. Dan inilah hasilnya!
Sangat senang & mudah.... :)
Monday, August 25, 2014
Order Badamond Cookies Dibuka Sekarang
Mula2 sekali nak minta maaf sebab tak dapat nak post pasal resepi kuih raya kita. Sebabnya lepas raya dah busy ngan order cookies.
So nak announce kat sini yang order untuk Badamond Cookies dibuka sekarang. Especially yang tak dapat masa raya hari tu. Minta maaf sangat2 disebabkan kekangan masa kami tak dapat amik order banyak untuk raya ari tu.
Ok kali ni kita ada 2 bekas. Satu yang panjang bulat & satu lagi bekas untuk doorgift. Bekas besar empat segi tu kita tak buat lagi setakat ni.
Untuk bekas bulat boleh beli retail atau pun borong.
Untuk bekas doorgift tu minimum order adalah 50 bks.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang harga, kandungan & saiz,
2- sms @ whatsApp ke 019-906 1636
Untuk makluman juga, semua urusan berkaitan Badamond Cookies dan Dida Delights kita gunakan phone no: 019-906 1636 mulai sekarang.
Kalau berminat nak tambah duit poket, boleh join jadi agent Badamond Cookies ya.
Sambil makan, sambil jual, sambil tu poket pun tebal. :)
Labels:
agent,
almond cookies,
badamond cookies,
bangi,
dida delights
Thursday, August 7, 2014
Kuih Raya 2014
Raya dah masuk 2 minggu baru nak post kuih raya kan...
Actually nak post before raya tapi tak sempat lak.
Tahun ni dapat buat 3 jenis kuih raya. Kuih popia manis @mini tiram, cornflakes madu karamel & kuih dahlia (kuih wajib untuk anak2).
Kali ni kita share gambar je la dulu ya. Resepi nanti kita share in next post.
So sempena hari raya yang masih berbaki ni, kami di Dida Delights nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & mohon maaf kalau ada kekurangan dari pihak kami. Semoga raya kali ni adalah raya yang ter'best' skali untuk u all ya... :)
Labels:
agent,
almond cookies,
badamond cookies,
bangi,
dida delights,
kuih raya,
wedding door gift
Monday, February 10, 2014
Tutorial: How to Cover Choc Cake, The Easiest Way!
Hari ni kita nak kongsikan cara-cara nak cover atau curah chocolate ganache ke atas chocolate moist cake. Tajuk tu letak bahasa omputih sebab kalau nak letak dalam bahasa melayu cam panjang lak kan...
Ini cara yang paling sempoi, untuk kita buat choc cake & nak makan kat rumah.
Ini rupa kek yang dah masak. Sejukkan dulu kek ke suhu bilik dan keluarkan dari pan. Biasanya bahagian atas kek akan menggelembung sikit.
Untuk dapatkan permukaan kek yang rata kita mestilah potong bahagian atas yang membukit tu dulu. Caranya kita ukur tinggi mana yang kita nak kemudian tandakan dengan toothpick (pencungkil gigi). Camana nak ukur? Ala... guna pembaris je. Tapi pastikan pembaris tu bersih ye.
Lepas tu potong bahagian atas kek menggunakan pisau panjang. Kemudian letak kek dalam peti ais untuk sejukkan kek tadi dalam masa lebih kurang 20-30 minit.
Sementara itu, kita sediakan chocolate ganache. Untuk kali ni kita pakai chocolate ganache pre-prepared. So jimat masa. Biasa chocolate ganache pre-prepared/extra kita akan simpan dalam piping bag, macam kat atas tu.
Apa yang perlu kita buat adalah picit keluar chocolate ganache tadi ke dalam periuk kemudian cair/panaskan guna kaedah double boiling. Bila chocolate ganache dah agak suam-suam boleh ready kan kek ye.
Keluarkan kek dan curahkan chocolate ganache ke atas kek. Kalau untuk makan-makan kat rumah kitorang suka yang macam kat atas tu. Nampak comot-comot tapi tempting kan...
Inilah kek yang dah siap specially for my family.
Memori Choc Cake
Memori... Memori...
Dulu first time buat choc cake pakai tepung ready mix je. Masa tu tak banyak org buat blog & share resepi. So beli je kat Giant. Masa tu tak de anak so balance kek mesti suruh husband bawak gi ofis.
Dan dengan tak sangkanya dapat lak order choc cake pastu. Haha...! Sungguh ku tak sangka. 1st order tu kita pakai la tepung ready mix. Tapi lepas tu kita pun cari-carilah kat internet kan. Alhamdulillah.. resepi tu la yang kita pakai sekarang.
So pada kawan-kawan yang tengah belajar baking tu jangan putus asa ye. Kalau nak senang pakai je tepung ready mix. Kerja mudah, insyaAllah hasil terbaik.
Ari ni buat choc cake pakai tepung yang sama gak. Saja nak throwback. Hehe...!
Tuesday, February 4, 2014
Almond Cookies Premix
Apa kabar semua? Mesti semua tengah happy sebab baru lepas cuti-cuti Chinese New Year kan...
Kami ada benda best nak share ngan semua.
Kami akan keluarkan tepung premix untuk almond cookies.
Kepada mereka yang berminat untuk bisnes cookies tapi takde banyak masa so kami akan memudahkan kerja anda. Less work, but u can get great cookies. Ye la ramai kat luar sana yang bekerja full time tapi nak buat part time bisnes untuk tambah-tambah duit belanja kan.
InsyaAllah tepung premix ni sangat mudah dan ringkas. Takyah dah nak sukat-sukat tepung & gula bagai. Just masukkan mentega, telur & esen vanila. Sangat ringkas.
Sepeket Tepung premix ni boleh dapat dalam 150pcs cookies (depends on the size gak la kan). Kalau untuk bekas bulat yang macam kat atas tu kita boleh dapat dalam 3 bekas.
Dalam zaman-zaman semua barang harga naik ni kita nak la juga naikkan pendapatan sendiri kan. Sangat sesuai untuk anda yang nak memulakan bisnes dari rumah. Untuk adik-adik yang tengah study pun boleh buat.
Kalau ada plan nak meniaga untuk masa time raya pun sangat la sesuai. Sekarang dah boleh start bagi tester kat kawan-kawan. Nanti nak bulan puasa tengok la mesti berderet-deret order masuk.
Kat atas tu cara-cara nak buat almond cookies. Sangat simple kan.
So kalau ada berminat atau ada apa-apa pertanyaan, boleh contact kita di 019-2772800 atau email: didadelights@gmail.com
Labels:
agent,
almond cookies,
badamond cookies,
bangi,
buat sendiri,
dida delights,
premix
Subscribe to:
Posts (Atom)