Dida Delights

Kami bantu anda sediakan wedding doorgift yang unik, sedap & khas untuk tetamu di hari penting & istimewa anda.
Uniknya doorgift kami adalah seleksi kerepek & makanan tradisional yang disertakan bersama doorgift. Ia pastinya membawa nostalgia yang tersendiri untuk hari istimewa anda.

SMS @ WhatsApp ~ 019-906 1636 ~ Email: didadelights@gmail.com ~
Location: Bandar Baru Bangi, Selangor

Showing posts with label bangi. Show all posts
Showing posts with label bangi. Show all posts

Wednesday, September 17, 2014

Kerepek Wedding Doorgift

Berita baik untuk anda yang nak kahwin dalam masa terdekat ni tapi takde masa nak uruskan hal-hal kecil & remeh macam nak packing & sediakan doorgift untuk majlis istimewa anda.

Kami boleh bantu anda. Tema doorgift ini adalah Kerepek Doorgift. Kenapa kerepek.... sebab kerepek semua orang makan. Nanti takde lah orang merata doorgift yang kita bagi kat tetamu kan...

Antara pilihan kerepek adalah seperti berikut:

Kerepek Ubi Masin

Kerepek Ubi Pedas Kering

Kerepek Pisang Tanduk

Harga untuk setiap jenis kerepek adalah berbeza. 

Selain kerepek, almond cookies pun ada:

Antara packaging yang disediakan:

Square Tin

White Box

Transparent Boxy

Untuk maklumat lanjut atau tempahan:
E-mail: didadelights@gmail.com
SMS @ whatsApp: 019-906 1636
FB: Dida Delights   

Monday, August 25, 2014

Order Badamond Cookies Dibuka Sekarang



Mula2 sekali nak minta maaf sebab tak dapat nak post pasal resepi kuih raya kita. Sebabnya lepas raya dah busy ngan order cookies.

So nak announce kat sini yang order untuk Badamond Cookies dibuka sekarang. Especially yang tak dapat masa raya hari tu. Minta maaf sangat2 disebabkan kekangan masa kami tak dapat amik order banyak untuk raya ari tu.


Ok kali ni kita ada 2 bekas. Satu yang panjang bulat & satu lagi bekas untuk doorgift. Bekas besar empat segi tu kita tak buat lagi setakat ni.

Untuk bekas bulat boleh beli retail atau pun borong.

Untuk bekas doorgift tu minimum order adalah 50 bks.

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang harga, kandungan & saiz, 

1- boleh PM kat FB
2- sms @ whatsApp ke 019-906 1636

Untuk makluman juga, semua urusan berkaitan Badamond Cookies dan Dida Delights kita gunakan phone no: 019-906 1636 mulai sekarang.

Kalau berminat nak tambah duit poket, boleh join jadi agent Badamond Cookies ya.

Sambil makan, sambil jual, sambil tu poket pun tebal. :)

Thursday, August 7, 2014

Kuih Raya 2014




Raya dah masuk 2 minggu baru nak post kuih raya kan... 
Actually nak post before raya tapi tak sempat lak. 

Tahun ni dapat buat 3 jenis kuih raya. Kuih popia manis @mini tiram, cornflakes madu karamel & kuih dahlia (kuih wajib untuk anak2).

Kali ni kita share gambar je la dulu ya. Resepi nanti kita share in next post.

So sempena hari raya yang masih berbaki ni, kami di Dida Delights nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & mohon maaf kalau ada kekurangan dari pihak kami. Semoga raya kali ni adalah raya yang ter'best' skali untuk u all ya... :)



Monday, February 10, 2014

Memori Choc Cake


Memori... Memori...

Dulu first time buat choc cake pakai tepung ready mix je. Masa tu tak banyak org buat blog & share resepi. So beli je kat Giant. Masa tu tak de anak so balance kek mesti suruh husband bawak gi ofis. 

Dan dengan tak sangkanya dapat lak order choc cake pastu. Haha...! Sungguh ku tak sangka. 1st order tu kita pakai la tepung ready mix. Tapi lepas tu kita pun cari-carilah kat internet kan. Alhamdulillah.. resepi tu la yang kita pakai sekarang.

So pada kawan-kawan yang tengah belajar baking tu jangan putus asa ye. Kalau nak senang pakai je tepung ready mix. Kerja mudah, insyaAllah hasil terbaik.

Ari ni buat choc cake pakai tepung yang sama gak. Saja nak throwback. Hehe...! 



 Tada... Inilah hasilnya! Rupa tak penting. Yang penting sedap... :)



Tuesday, February 4, 2014

Almond Cookies Premix

 Hallo... Hallo...

Apa kabar semua? Mesti semua tengah happy sebab baru lepas cuti-cuti Chinese New Year kan...

Kami ada benda best nak share ngan semua.
Kami akan keluarkan tepung premix untuk almond cookies.

Kepada mereka yang berminat untuk bisnes cookies tapi takde banyak masa so kami akan memudahkan kerja anda. Less work, but u can get great cookies. Ye la ramai kat luar sana yang bekerja full time tapi nak buat part time bisnes untuk tambah-tambah duit belanja kan. 

InsyaAllah tepung premix ni sangat mudah dan ringkas. Takyah dah nak sukat-sukat tepung & gula bagai. Just masukkan mentega, telur & esen vanila. Sangat ringkas.


Sepeket Tepung premix ni boleh dapat dalam 150pcs cookies (depends on the size gak la kan). Kalau untuk bekas bulat yang macam kat atas tu kita boleh dapat dalam 3 bekas.  

Dalam zaman-zaman semua barang harga naik ni kita nak la juga naikkan pendapatan sendiri kan. Sangat sesuai untuk anda yang nak memulakan bisnes dari rumah. Untuk adik-adik yang tengah study pun boleh buat. 

Kalau ada plan nak meniaga untuk masa time raya pun sangat la sesuai. Sekarang dah boleh start bagi tester kat kawan-kawan. Nanti nak bulan puasa tengok la mesti berderet-deret order masuk. 
Kat atas tu cara-cara nak buat almond cookies. Sangat simple kan.

So kalau ada berminat atau ada apa-apa pertanyaan, boleh contact kita di 019-2772800 atau email: didadelights@gmail.com



Friday, April 12, 2013

Kuih Bangkit Nyonya



Alhamdulillah, hari ni ada masa nak blogwalking. Dah lama gak tak buat keje ni. Tetiba ternampak lak resepi kuih bangkit Kak Wan. Alamak... sedapnya tengok kuih bangkit atas tu... Ini adalah salah satu kuih kegemaran saya. Sebab teruja saya nak share resepi kuih bangkit ni ngan u all semua.

Bahan-bahan:
450g Tepung Ubi Kayu
50g Tepung gandum
200g gula icing
250ml santan
3 biji kuning telur
Daun pandan - dipotong

Cara-cara:
1. Sangai tepung ubi & tepung gandum bersama daun pandan hingga ringan. Sejukkan semalaman dan ayak untuk buang cebisan daun pandan.
2. Pukul telur & gula hungga kembang & putih.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh lembut & tidak melekat di jari.
4. Canai & terap dengan acuan disukai. Susun di dalam loyang yang digris/baking paper.
5. Bakar pada suhu 160c selama 20-25 minit atau sehingga masak.

Thanks Kak Wan for the recipe! Anda boleh klik Blog Citarasawan untuk resepi2 lain juga.

Tuesday, April 9, 2013

Rich Chocolate Cake


Saya memang suka buat chocolate cake untuk kanak-kanak. Sebab bila tengok diorg makan macam nikmat jer... And kek coklat ini untuk dibawa ke tadika. Takyah banyak deco. Yang penting ada gambar kartun kesukaan mereka. Tu yang membuatkan mereka lagi teruja dengan kek coklat ni. Kan...

To order/for queries, please contact us at 019-2772800.