Mesti semua orang in raya mood sekarang ni. Dan saya juga! Kali ni nak share ngan u all kuih raya yang sempat dibuat sempena hari raya tahun ni. Yang ni buat untuk family and memang tak amik order pun.
Ini adalah choc chip cookies yang menjadi kesukaan my family. Biasa buat choc chip + almond nibs but kali ni saya buat double choc chips (dark choc chips + white choc chips) sebab takut kalau letak almond anak2 tergigit or tercekik lak kan.
Yang ni pulak dalam buku tulis nama dia Biskut Dahlia tapi rasa dan rupa dia cam lain jek.. Biskut ni sangat rapuh sebab banyak pakai tepung jagung. Rasa dia ok la cam biskut raya biasa.
Yang ni baru betul Biskut Dahlia... hehe... My husband's favorite. Buat pun takat untuk makan sendiri jek. Letih oi nak menyemperit tu.. huhu...
Ini Tart Teratai. Dah lama dah mengidamkan nak buat kuih tat ni. Walaupun saya ni bukan penggemar kuih tat tapi disebabkan rupanya yang comel tu saya sanggup buat. Bila dah siap and rasa, rupa-rupanya sedap jugak kuih tart ni ye. Tahun depan boleh buat lagi la... hehe...
No comments:
Post a Comment